Khatan! Biasanya kita dengar khatan ataupun bersunat ni sinonim utk golongan Adam a.k.a Lelaki je kan?
Tapi,sebenarnya golongan perempuan di Malaysia ni pun ada berkhatan juga..Cuma bezanya perempuan biasanya berkhatan time kecil2, lelaki pula berkhatan time besar2 sikit,maybe time darjah 6..Tak pasti pula, itu kene biar lelaki la tolong jwb kn?dorang yg berkhatan kn?hehehe..
Sebenarnya,aku pun ragu2 tentang hukum samada wajib atau sunat hukumnya berkhatan ni utk ladies2 a.k.a Wanita..So aku pun try la search info pasal ni kat internet dan ingin berkongsi link..
Di bawah adalah sebahagian drp apa yg aku jumpe;
Dalil utama berkaitan ‘Khatan’ adalah
خمس من الفطرة : الختان والإستحداد وتقليم الأظافر ونتف الإبط وقص الشارب
“Lima perkara fitrah : berkhatan, mencukur bulu kemaluan, memotong kuku, mencabut bulu ketiak (cukur) dan memendekkan misai.” (Riwayat Muslim)
Pandangan para ulama dalam memahami hadith di atas terbahagi kepada tiga kumpulan :-
Hukumnya sunat bagi lelaki dan wanita . Ia adalah pandangan Imam Malik dalam satu riwayat, Abu Hanfiah dan sebahagian ulama mazhab Syafie.
Wajib bagi lelaki dan wanita . Demikian fatwa Mazhab Syafie dan kebanyakan Ulama dan juga pandangan Imam Suhnun anak murid Imam Malik.
Wajib bagi lelaki dan hukumnya sunat bagi wanita. Demikian sebahagian ulama Syafie, dan mazhab Hanbali.
Kesimpulan perkara, disepakati bahawa khatan bagi lelaki adalah wajib, dan jika warga lelaki satu negara semuanya tidak berkhatan, maka pemerintah perlu bertindak ke atas mereka.
Syeikh Atiyyah Saqar memberikan ijtihad beliau setelah meneliti dalil-dalil yang ada. Katanya tiada dalil yang sohih serta terlepas dari komentar yang menunjukkan wajib bagi wanita untuk berkhatan.
Syeikh Mahmud Syaltut (bekas Syeikhul Azhar) pula mengatakan bahawa para doktor berkata kesan daripada wanita tidak berkhatan adalah akan menaikkan syahwatnya dan dibimbangi mendorong kepada sesuatu yang tidak diingini.
Berkata pula Prof. Dr Md Hasan Al-Hafnawi, pakar perubatan kulit di kuliah perubatan al-Azhar dan Dr Md Sadiq selepas melihat hadith-hadith Nabi, mereka memberi pandangan dari aspek perubatan.
“Kelentit wanita (yang dipotong sebahagian jika dikhatan) yang berada di pangkal faraj wanita memberi rangsangan terkuat untuk hubungan lelaki dan wanita, dan kekuatan rangsangannya boleh mencecah 7 kali lebih sensitif dari zakar lelaki.” dan pelbagai lagi hasil kajian mereka yang tidak sempat saya terjemahkan. Di akhirnya pakar perubatan ini berkata :
“Demi menjaga maruah dan kehormatan wanita dan kewanitaannya, wajiblah kita mengikuti ajaran Islam dalam hal ini, yang terbaik bagi wanita adalah “isymam” atau memotong sedikit hujung dari kelentit.” ( Majalah, Oktober 1994)
Pandangan Prof Madya Dr Anisah Abd Ghani, Ketua Jabatan di Akademi Islam Universiti Malaya.
Bersunat disebut sebagai khitan dalam bahasa Arab bererti potong. Khitan juga bererti memotong qulfah iaitu kulit yang menutupi kepala zakar (Abdullah Nasih ‘Ulwan; Tarbiyatu al-Aulad 1/109). Kamus Dewan menyebut khatan, sunat, ertinya memotong kulub dan berkhatan, bersunat, bersuci, maknanya potong kulub orang Islam (Kamus Dewan 549). Khitan bagi wanita dinamakan khafd iaitu merendahkan (Ibnu al-Qayyim: Tuhfatu al-Maudud 106)kerana bahagian yang dipotong itu merendahkan hujung clitoris.
Menurut al-Mawardi, khitan bagi perempuan adalah memotong kulit pada atas faraj yang berbentuk seperti balung ayam (tiga segi) yakni clitoris. Bahagian yang wajib dipotong adalah kulit yang berlebihan di sebelah atas clitoris, tidak sampai ke pangkalnya (Ibnu al-Qayyim; op.cit 106)
Daripada pengertian syarak itu, dapat disimpulkan bahawa khitan bagi perempuan adalah dengan memotong sedikit saja daripada bahagian atas clitoris. Bahagian yang wajib dipotong adalah hujungnya yang menonjol tinggi daripada faraj, bukan memotong semua sekali.
Dr Yusuf Qaradhawi: al-Fatawa al-Mu’asirah 384
Dr Yusuf Al Qaradhawi berpendapat persoalan khitan anak perempuan terserah kepada ibu bapa sama ada mahu melakukannya atau tidak. Bagi mereka yang beranggapan khitan anak perempuan ada kebaikannya, eloklah mengkhatankannya. Bagi mereka yang tidak mengkhatankannya pula, tidak berdosa kerana ada ulama yang berpendapat khitan bagi wanita hanya satu kemuliaan. Begitu pun, Dr Yusuf berpendapat mengkhatankan anak perempuan adalah lebih baik.
Rujukan;
Nak tau banyak lagi pasal hal2 ni korang bolela klik link rujukan tu,mmg panjang penjelasan yg diberikan..
Walaupun ulama berselisih pendapat mengenai hukum khatan wanita, tp aku rasa elok juga seorang wanita itu berkhatan walaupun ia bukan wajib atau sunat. Paling kurang sebab ia adalah fitrah insaniah yang seiring dengan tuntutan Islam.
Lagipun byk manfaat kn dr aspek kesihatan? Dengar2 risiko nk dpt kanser pangkal rahim kurang skit..So,kesihatan mungkin lebih ok skit drp x berkhatan kan? J Apa yg pasti,aku sudah berkhatan time kecik2 dulu..InsyaAllah semua yang baik datang dr Allah S.W.T dan yang buruk datang dr diri sendiri..