Friday, March 4, 2011

pukul 2.02am..
ak baru balik dr keje,,penat sgt otak,badan..
nk tdo,tp pusing ke kiri ke kanan xdpt gak tdo2..
solution?try2 donlod..hehe..semenjak2 ak x kt Ampang,ak da xde sources film free..so tpksa sndri2 try donlod..
then..............TRIMAS goes to Abdul :)
tq ajar donlod,even simple2.. at least dpt gak tgk wayang baru :P



Thursday, March 3, 2011

Jom Score A!!

Assalamualaikum...

Nak dpt result cantik mmg bukan senang,kene ade usaha yg setimpal..Baru bole dpt atas izin-Nya..
Byk ibubapa anta anak2 ke tuition,kos nk byr depends kt subject..

Cube try2 tgk website ni..Score A adalah education online sistem..ada semua subject dlm 1 harge aje..try2 bace..trimas :)


http://lulusbah.weebly.com/index.html

Thursday, February 3, 2011

Gadis2 Jom Dating Saham :)


big board of listed shares in bursa..byk kn..
 


 Saham! Ketika aku kecil dulu, memang pernah tengok kt tv pasal saham2..tapi memang tidak tau pun apa itu sebenarnya..Bukan time kecil je tapi sampai aku diploma pun still tak tau ape itu saham..

Bila aku further degree,barula tau sikit2 pasal saham,itu pun secara teori je,ada saham yang bagi capital gain, dividen,bla3..


UPIC @ Putrajaya :)


Time aku prektikal degree,indirectly aku terlibat dlm UPIC Investment Camp ( camp berkaitan investment in share la senang cite)....
Kursus ni selama 14 hari, kt Putrajaya, seramai 500 org student dr pelbagai wakil U join tiz camp..byk gakla kapel2 yg terbina dr sini..masjid pun bertambah..hehehe








PRIBUMI ( yg support amik lesen jd dealer)
Sepanjang menjalani prektikal under PRIBUMI ( Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia) aku menduduki exam untuk mendapatkan license sebagai dealer (intermediaries o middle person between public  and investment bank to trade shares in Bursa Malaysia Stock Exchange)




After passed both exam, aku jadilah seorang DEALER SHARES kt Alliance Investment Bank Berhad under Institutional Sales ( servicing EPF, LTAT, BSN, PFM Capital, etc)..Means, aku tak perlu buat sales untuk cari individual clients la..

Hari2 tgk beribu2 stock yang listed kt Bursa membuatkan aku ingin trade sendiri, even tidak mempunyai banyak capital, still I want to trade…intention sbg 1 asset..hehe,believe me,its better than saving ur money dlm tabung buluh

Aku yakin ramai kawan2 aku kt luar tu kalo tahu sikit2 tp mencukupi maklumat, sure akan trade sendri, trade using our brain, not our emotionsbiarpun susah J




Jadi, aku pun bukala akaun untuk trade sendri.. ONLINE TRADING


Ni list shares, n price quotes based on top volume
 

Ni kotak yg kuar kalo nak buy shares.msuk je qty,price,then trading pin,setel,da Q dlm bursa order ;)

Ni kotak yg kuar kalo nk jual,same jg mcm buy,msk qty ,price, trading pin,setel..

Let say td ak ade beli o jual saham,kt sini bolela nmpk saham yg kite order..kt sini xde kn?means time ni ak xde beli ape2la ;)


Ni plk simple info pasal stock @ saham,saham tu under sektor ape,eps,main o 2nd board,mcm2 lg
 Jom kite start jadi investor,by bit it will become a hill..and everyone can start trading..InsyaAllah

Friday, January 14, 2011

Oh Oh Tahi Lalat? Apa Maksud Di Sebaliknya?

Ada Tahi Lalat tak kat area area badan korang? Nak tau kemungkinan maksudnya?
Check the list beb :)

   
             

1. Di kepala sebelah kanan - terkabul cita-citanya
2. Di kepala sebelah kiri - sering menemui kesusahan
3. Ubun-ubun - kurang jujur
4. Pusar - cerdas,tangkas dan tekun
5. Di Kening kanan - cergas dan cekap
6. Di kening kiri - cergas dan sopan santun
7. Sudut mata kanan luar - baik budi, ramai yang cinta
8. Sudut mata kanan dalam - disayangi suami atau isteri
9. Biji mata kanan - suka serong dan pembohong
10. Biji mata kiri - pembohong tapi baik hati
11. Di alis kanan - baik hati, suka menolong
12. Di alis kiri - ramai yang suka
13. Di pipi kanan - ramai teman
14. Di tengah-tengah pipi kanan - ramai yang suka
15. Di tengah-tengah pipi kiri - ramai kawan
16. Pada hidung - banyak rezeki
17. Pada batang hidung - banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya
18. Bibir atas kanan - banyak rezeki dan pandai
19. Bibir atas kiri - ramai kawan, baik hati
20. Bibir bawah kanan - disegani orang, ramai yang suka
21. Bibir bawah kiri - pandai bicara, tak mudah kalah
22. Hujung mulut kanan - kecil rezeki, tak mudah kalah
23. Hujung mulut kiri - suka berpoya-poya
24. Dagu bawah kanan - jujur dan baik hati
25. Dagu bawah kiri - bijaksana, berbudi luhur
26. Leher kanan - cerdas, jujur, berani menderita
27. Leher kiri - cerdas dalam segala hal dan banyak pengetahuan
28. Leher ditengah - tercapai apa yang dicita
29. Di bahu kanan - cermat dalam mengambil keputusan dan banyak tanggungan
30. Di bahu kiri - suka kerja keras, banyak tangungjawab
31. Di dada kanan - dapat mengatasi masalah

32. Di dada kiri - berani, jujur dan sabar
33. Payudara kanan - baik hati, pendiam dan simpan rahsia
34. Payudara kiri - ramai kawan, setia pada suami atau isteri
35. Di punggung kanan - pendiam, simpan rahsia
36. Di punggung kiri - lambat, kurang agresif
37. Di perut bawah kanan - banyak rezeki, suka memberi maaf
38. Di perut bawah kiri - baik hati, tenang hidupnya
39. Pinggang kanan - sayang pada isteri atau suami
40. Pinggang kiri - disayangi oleh isteri atau suami
41. Di jari telapak tangan kanan - banyak rezeki tapi boros
42. Di jari telapak tangan kiri - banyak rezeki, menyimpan
43. Lengan kanan - setia dan taat pada atasan
44. Lengan kiri - menepati janji dan suka kerja
45. Siku tangan kanan - kuat hendak memiliki kekayaan
46. Siku tangan kiri - baik hati, suka menolong
47. Ketiak kanan - menyimpan rahsia
48. Ketiak kiri - jujur, banyak yang cinta
49. Pergelangan tangan kanan - boros, suka bersukaria
50. Pergelangan tangan kiri - dapat berpangkat
51. Pangkal peha kanan - kemahuan kuat
52. Pangkal peha kiri - suka kerja apa saja
53. Kemaluan kanan atau kiri - baik, suka senggama (bersetubuh)
54. Di kepala kemaluan - bakal beristeri dua
55. Betis kanan - suka berpoya, boros
56. Betis kiri - tidak suka menganggur
57. Tumit kanan - jujur, banyak kawan
58. Tumit kiri - baik budi
59. Di telapak kaki kanan - tidak mudah mengeluh
60. Di telapak kaki kiri - baik budi pekertinya
61. Lutut kanan - bersifat tidak peduli, tidak mahu berusaha
62. Lutut kiri - kurang berusaha



Cepat pegi cek kat badan masing2, tapi bukan cek money ok?Huhu :)

Btw, mau tahi lalat di KETIAK KANAN..BEST!

Oh Khatannya Seorang Wanita

Khatan! Biasanya kita dengar khatan ataupun bersunat ni sinonim utk golongan Adam a.k.a Lelaki je kan?
Tapi,sebenarnya golongan perempuan di Malaysia ni pun ada berkhatan juga..Cuma bezanya perempuan biasanya berkhatan time kecil2, lelaki pula berkhatan time besar2 sikit,maybe time darjah 6..Tak pasti pula, itu kene biar lelaki la tolong jwb kn?dorang yg berkhatan kn?hehehe..
Sebenarnya,aku pun ragu2 tentang hukum samada wajib atau sunat hukumnya berkhatan ni utk ladies2 a.k.a Wanita..So aku pun try la search info pasal ni kat internet dan ingin berkongsi link..
Di bawah adalah sebahagian drp apa yg aku jumpe;
Dalil utama berkaitan ‘Khatan’ adalah
خمس من الفطرة : الختان والإستحداد وتقليم الأظافر ونتف الإبط وقص الشارب
“Lima perkara fitrah : berkhatan, mencukur bulu kemaluan, memotong kuku, mencabut bulu ketiak (cukur) dan memendekkan misai.” (Riwayat Muslim)
Pandangan para ulama dalam memahami hadith di atas terbahagi kepada tiga kumpulan :-
  • Hukumnya sunat bagi lelaki dan wanita . Ia adalah pandangan Imam Malik dalam satu riwayat, Abu Hanfiah dan sebahagian ulama mazhab Syafie.
  • Wajib bagi lelaki dan wanita . Demikian fatwa Mazhab Syafie dan kebanyakan Ulama dan juga pandangan Imam Suhnun anak murid Imam Malik.
  • Wajib bagi lelaki dan hukumnya sunat bagi wanita. Demikian sebahagian ulama Syafie, dan mazhab Hanbali.
Kesimpulan perkara, disepakati bahawa khatan bagi lelaki adalah wajib, dan jika warga lelaki satu negara semuanya tidak berkhatan, maka pemerintah perlu bertindak ke atas mereka.
Syeikh Atiyyah Saqar memberikan ijtihad beliau setelah meneliti dalil-dalil yang ada. Katanya tiada dalil yang sohih serta terlepas dari komentar yang menunjukkan wajib bagi wanita untuk berkhatan.
Syeikh Mahmud Syaltut (bekas Syeikhul Azhar) pula mengatakan bahawa para doktor berkata kesan daripada wanita tidak berkhatan adalah akan menaikkan syahwatnya dan dibimbangi mendorong kepada sesuatu yang tidak diingini.
Berkata pula Prof. Dr Md Hasan Al-Hafnawi, pakar perubatan kulit di kuliah perubatan al-Azhar dan Dr Md Sadiq selepas melihat hadith-hadith Nabi, mereka memberi pandangan dari aspek perubatan.
“Kelentit wanita (yang dipotong sebahagian jika dikhatan) yang berada di pangkal faraj wanita memberi rangsangan terkuat untuk hubungan lelaki dan wanita, dan kekuatan rangsangannya boleh mencecah 7 kali lebih sensitif dari zakar lelaki.” dan pelbagai lagi hasil kajian mereka yang tidak sempat saya terjemahkan. Di akhirnya pakar perubatan ini berkata :
“Demi menjaga maruah dan kehormatan wanita dan kewanitaannya, wajiblah kita mengikuti ajaran Islam dalam hal ini, yang terbaik bagi wanita adalah “isymam” atau memotong sedikit hujung dari kelentit.” ( Majalah, Oktober 1994)
Rujukan;


Pandangan Prof Madya Dr Anisah Abd Ghani, Ketua Jabatan di Akademi Islam Universiti Malaya.

Bersunat disebut sebagai khitan dalam bahasa Arab bererti potong. Khitan juga bererti memotong qulfah iaitu kulit yang menutupi kepala zakar (Abdullah Nasih ‘Ulwan; Tarbiyatu al-Aulad 1/109). Kamus Dewan menyebut khatan, sunat, ertinya memotong kulub dan berkhatan, bersunat, bersuci, maknanya potong kulub orang Islam (Kamus Dewan 549). Khitan bagi wanita dinamakan khafd iaitu merendahkan (Ibnu al-Qayyim: Tuhfatu al-Maudud 106)kerana bahagian yang dipotong itu merendahkan hujung clitoris.

Menurut al-Mawardi, khitan bagi perempuan adalah memotong kulit pada atas faraj yang berbentuk seperti balung ayam (tiga segi) yakni clitoris. Bahagian yang wajib dipotong adalah kulit yang berlebihan di sebelah atas clitoris, tidak sampai ke pangkalnya (Ibnu al-Qayyim; op.cit 106)

Daripada pengertian syarak itu, dapat disimpulkan bahawa khitan bagi perempuan adalah dengan memotong sedikit saja daripada bahagian atas clitoris. Bahagian yang wajib dipotong adalah hujungnya yang menonjol tinggi daripada faraj, bukan memotong semua sekali.

Dr Yusuf Qaradhawi: al-Fatawa al-Mu’asirah 384
Dr Yusuf Al Qaradhawi berpendapat persoalan khitan anak perempuan terserah kepada ibu bapa sama ada mahu melakukannya atau tidak. Bagi mereka yang beranggapan khitan anak perempuan ada kebaikannya, eloklah mengkhatankannya. Bagi mereka yang tidak mengkhatankannya pula, tidak berdosa kerana ada ulama yang berpendapat khitan bagi wanita hanya satu kemuliaan. Begitu pun, Dr Yusuf berpendapat mengkhatankan anak perempuan adalah lebih baik.
Rujukan;

Nak tau banyak lagi pasal hal2 ni korang bolela klik link rujukan tu,mmg panjang penjelasan yg diberikan..
Walaupun ulama berselisih pendapat mengenai hukum khatan wanita, tp aku rasa elok juga  seorang wanita itu berkhatan walaupun ia bukan wajib atau sunat. Paling kurang sebab ia adalah fitrah insaniah yang seiring dengan tuntutan Islam.
Lagipun byk manfaat kn dr aspek kesihatan? Dengar2 risiko nk dpt kanser pangkal rahim kurang skit..So,kesihatan mungkin lebih ok skit drp x berkhatan kan? J
Apa yg pasti,aku sudah berkhatan time kecik2 dulu..InsyaAllah semua yang baik datang dr Allah S.W.T dan yang buruk datang dr diri sendiri..